BERKASUT TINGGI.. cantik bergaya tapi...
Wanita mana
yang tidak mahu kelihatan bergaya apabila berhadapan orang ramai.
Berpenampilan menarik dengan pakaian cantik, beg tangan mahal, solekan
di wajah dan berkasut tumit tinggi.
Sebahagian
wanita berpendapat, dengan menyarungkan kasut tinggi memberi lebih
keyakinan terhadap diri. Apatah lagi pekerjaan yang memerlukan mereka
bertemu orang ramai.
Ada juga yang
menganggap memakai kasut tumit tinggi akan membuatkan diri mereka
kelihatan seksi, malah tidak kurang juga yang mengatakan memakai kasut
tumit tinggi membuatkan mereka lebih menawan serta anggun.
Meskipun
pelbagai andaian dilontarkan, namun ada segelintir wanita yang tidak
tahu kesan negatif pemakaian kasut tumit tinggi terhadap diri mereka
terutama membabitkan tulang.
Selain
kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali,
pelbagai masalah disebabkan kasut bertumit tinggi seperti radang saraf
dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan
sakit belakang yang kronik.
Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej
Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr John Marymont, seseorang
yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut
bertumit tiga inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.
Perunding Ortopedik Hospital Pantai Cheras, Dr Khairul Faizi Mohammad, berkata, wanita sebaiknya digalakkan memakai kasut bertapak rata (flat) berbanding memakai kasut bertumit tinggi.
“Jika wanita mahu juga memakai kasut tumit tinggi, dinasihatkan
tidak lebih daripada dua sentimeter atau kurang. Pemakaian kasut tumit
tinggi yang melampau boleh menyebabkan tulang pinggul, tulang belakang
dan lutut menjadi bengkok.
“Pemakaian kasut tumit tinggi yang berterusan juga dapat meningkatkan
risiko radang pada ibu jari, kerosakan tulang tapak kaki selain
menyebabkan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana beban tertumpu
pada jari kaki,” katanya ketika ditemui di hospital itu baru-baru ini.
Menurutnya, semakin berusia seseorang wanita, saiz serta tapak kaki juga
semakin lebar disebabkan lemak semakin tipis. Selain itu, pemakaian
kasut tumit tinggi turut mendorong peredaran darah tidak lancar.
“Bayangkan, waktu kerja saja memakan masa lapan jam atau lebih sehari.
Kaki terpaksa bekerja keras untuk berjalan tanpa henti ditambah
menampung berat badan si pemakai.
“Tekanan berat badan pada hujung kaki juga akan menyebabkan jari ketiga
dan keempat menjadi sempit seterusnya menyebabkan kesakitan pada saraf.
Keadaan itu juga akan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan betul kerana tersekat lalu menyebabkan kesakitan,” katanya.
Selain itu, masalah yang sering dihidapi mereka yang gemar berkasut
tumit tinggi ialah bunion (hallux valgus) iaitu ibu jari kaki masuk ke
dalam ke arah jari kedua lalu menyebabkan benjolan pada bahagian luar
kaki di sebelah ibu jari kaki.
So Kengkawan..
kalau dapat elak, elakkan la dari memakai kasut bertumit tinggi terutama
untuk tempoh masa yang panjang..sakit nanti sapa yang susah..kita
juga..